Friday, November 16, 2012

Cara Merangsang Otak Kanan Anak-Anak


Otak manusia merupakan tempat yang paling hebat untuk menyimpan maklumat. Oleh kerana itu, penerimaan atau pengetahuan awal bagi seseorang kanak-kanak selalunya menjadi perkara yang paling diingati dan sukar dikikis. 

Ahli psikologi neurologi kebanyakkan dapat membuktikan yang otak kanan berfungsi kepada pemikiran holistik, ilham dan juga proses memahami ruang. Ini bermakna otak kanan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan kesenian.

Otak kanan sebenarnya lebih efektif dari otak kiri kerana kebanyakkan dirangsangkan oleh penemuan semulajadi. Namun begitu bahagian otak kanan turut perlu di latih dan kerap di rangsang supaya ia dapat membentuk sikap yang positif dalam diri anak-anak. Berikut adalah panduan bagaimana untuk merangsangkan bahagian otak kanan anak-anak anda.


KATA-KATA POSITIF DAN SENTUHAN

Ketika anak-anak sedang tidur dalam keadaan 'Tidur-tidur ayam', bisikkanlah kepada mereka kata2 yang positif seperti anak soleh, rajin pergi sekolah, anak baik, jangan menangis selalu atau anak bijak. 

Waktu ini merupakan masa yang paling sesuai kerana pada waktu inilah otak kanan aktif memainkan peranannya sementara otak kiri pula sedang tidur. Pada waktu beginilah mimpi2 akan mula muncul kerana tindakbalas otak kanan. Peganglah tangan anak bila menutur kata. 

Dalam Islam sendiri menggalakkan kita menasihati anak pada waktu ini kerana pada waktu ini doa dimakbulkan. Penerangan tentang waktu sesuai menasihati anak boleh diperolehi di sini.


KAD IMBASAN

Pengguna kad imbasan turut membantu dalam pengembangan otak kanan anak-anak. Ketika mengajarnya, tunjukkan kad itu satu persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad imbasan ditunjuk dengan laju, otak kanan akan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. 

Sebagai contoh, gunakan kad imbasan dalam memperkenalkan A B C kepada anak-anak. Insyaallah.. dalam masa seminggu, pasti anak-anak anda telah mula mengenali huruf-huruf tersebut.


KRAFTANGAN

Ajaklah anak anda untuk melakukan aktiviti seperti melukis, membentuk menggunakan tanah liat, membentuk origami, mengunting kertas dan sebagainya. 

Aktiviti seperti ini dapat meluaskan penerokaannya terhadap alam sekeliling disamping menguatkan pengunaan psikomotornya. Aktiviti-aktiviti seperti ini menggalakkan otak kanan untuk bekerja dengan lebih sekali gus merangsang kemahiran kognitifnya.


MELUKIS

Mungkin anak anda masih kecil untuk di ajar melukis. Di sinilah batuan kita sebagai ibubapa diperlukan dalam melatih mereka. Caranya, anda hanya perlu melukis objek-objek yang mudah sebahagian sahaja dan meminta anak-anak untuk menyambung sebahagian yang lain. 

Melukis mengikut garisan-garisan yang telah ada juga boleh membantu anak dalam melakukan aktiviti melukis. Jangan mendesak anak untuk segera menyiapkan lukisannya. Masa yang di ambil untuk menyiapkan lukisan itulah yang diperlukan dalam merangsang otak kanannya.


EMOSI

Apabila anak sudah pandai berinteraksi, layanlah mereka sebaik mungkin. Hargailah apa yang mereka tuturkan. Jadilah seorang pendengar yang setia. Kegagalan kita dalam berbuat demikian akan menyebabkan fungsi otak kanan anak menurun.


TEKA-TEKI

Bermain teka teki bersama anak-anak. Utarakan satu teka teki yang mudah kepadanya. Sebagai contoh, permainan mengeletek anak yang di panggil 'POM, POM DEDAK' boleh dijadikan teka teki melalui rima yang di bina. Minta anak meneka bahagian mana yang ingin digeletek berdasarkan rima yang diberi.


IMAGINASI

Kembangkan imaginasi anak dengan versi bercerita. Pilih cerita yang bergambar, bahasa yang mudah dan ringkas. Anda boleh mula untuk membaca cerita dengan intonasi dan gaya dan meminta anak-anak menyambungnya. Pasti tingkahlaku anda akan di tiru dalam sesi pembacaannya.


ELAKKAN GUNA 'JANGAN'

Tingkahlaku anak-anak kadangkala memang memeningkan kepala. Dalam melarang anak melakukan sesuatu, elakkan menggunakan perkataan 'Jangan'. 

Tukarkan kepada perkataan seperti 'Tolong' atau terangkan terus kenapa anak-anak tidak boleh bersikap demikian. Selalunya, pelarangan keras menggunakan perkataan 'jangan' akan menyebabkan anak-anak mempunyai lebih keinginan untuk mengetahui akibatnya.

Referensi : http://chekguisza.blogspot.com

1 comments:

 
Copyright © . Rahasia Otak Jenius - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger